Timah Tasoh RevisitedTemp files

Ekspedisi Kayak PPKKP Jelajah Tasoh Versi Ke-2 2011
timahtasoh

 

Kepada semua staf PPKKP/ahli Kelab Staf PPKKP 
termasuk pensyarah yang sedang cuti belajar dlm M'sia je ; )

Assalamualaikum & Salam sejahtera,

Dimaklumkan Kelab Staf PPKKP akan menganjurkan Ekspedisi Kayak PPKKP Jelajah Tasoh Versi Ke-2 2011 seperti butiran berikut:

Tarikh  : 10 Disember 2011 (Sabtu)
Masa    :  2 - 6 petang
Tempat: Tasoh Lake Resort and Retreat, Timah Tasoh, Padang Besar

Tentatif program adalah seperti berikut:

2.00 ptg: Berkumpul/Briefing/Water Confident.
2.40 ptg: Pelancaran Ekspedisi oleh Dekan PPKKP dan bacaan doa selamat.
2.45 ptg: Ekspedisi bermula.
6.00 ptg: Ekspedisi tamat/makan petang.

Untuk makluman sekarang antara staf yg telah feedback untuk join program ini ialah:

1. En. Mohamad Rizal
2. Pn. Nazatul Syima
3. Cik Nur Farhan 
4. En. Azizul Hafifi
5. En. Mohammad Dzahir

Cepat-cepat...tempat terbuka untuk 30 peserta...anda pasti akan mendapat pengalaman berharga kerana dapat meneroka Tasik Empangan Timah Tasoh dengan lebih dekat... 

Kepada staf yang tidak berekspedisi kayak tetapi ingin memeriahkan majlis juga turut dijemput.

Makanan akan disediakan hanya perlu bayar RM5.00 sahaja..dan bekalan air juga di sediakan..tiada bayaran tersembunyi dikenakan...

Peserta dinasihatkan memakai t-shirt biru kuning untuk keseragaman...kepada yang takut air life jacket disediakan dan team rescue juga disediakan...

Tunggu apa lagi meh kita sama2 join program anjuran kelab kita ni...selain berkayak kita eratkan lagi silaturrahim antara kita...Insyaallah...

Join jangan tak join..kepada staf yg nak bawa pasangan amatlah di alu-alukan...kayak secara berdua atau solo (kepada yang mampu)...jangan tunggu lagi..DAFTAR dan BAYAR yer.. 

Sila maklumkan kehadiran anda/ahli keluarga anda kepada En. Mohamad Rizal ( m.rizal@unimap.edu.my) atau 0194461766. Buat masa ni bayaran pendaftaran hanyalah RM5 seorang utk makanan sahaja & boleh dibuat kepada Pn. Rusmiza, Bendahari Kelab mulai hari ini. 

Saya yang menjalankan tugas
NAZATUL SYIMA BINTI SAAD
Setiausaha 
Kelab Staf PPKKP 2011-2012