Temp files

News

 duet1

Lawatan Kerjasama Akademik dan Teknikal UniMAP di DUET 20-22 Dis 2015

Dhaka 20-22 Dis –UniMAP, Datuk Profesor Emeritus Dr Kamarudin Hussin sangat berbesar hati dengan komitmen dan penghargaan yang ditunjukkan oleh Dhaka University of Engineering and Technology (DUET) yang di pimpin oleh Naib Canselor DUET iaitu Prof Dr. Ala Uddin dibawah memorandum persefahaman yang telah ditandatangani pada 2014 yang lalu di UniMAP.

Jalinan kerjasama ini telah disuburkan dengan lawatan akademik dan teknikal daripada Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer dan Perhubungan (PPKKP), UniMAP dari 20 sehingga 22 Disember 2015. Lawatan ini telah diketuai oleh Dekan PPKKP, Prof Dr. R. Badlishah Ahmad, Timbalan Dekan HEPA, Dr. Muzammil Bin Jusoh dan En Mustafijur Rahman.

DUET merupakan antara lima buah Univerisit Awam Bangladesh yang sangat terkenal didalam bidang kejuruteraan. Naib Canselor DUET sangat kagum dengan pencapaian yang telah diraih oleh UniMAP dibawah pimpinanan Datuk Prof Emeritus Dr Kamarudin Hussin samaada didalam bidang akademik, penyelidikan dan pembangunan pelajar. Sehubungan dengan itu, pihak DUET telah menjemput Prof Dr. R. Badlishah untuk menyampaikan bengkel berkaitan proses akreditasi di UniMAP dimana pada masa kini pihak Kementerian Pengajian Tinggi Bangladesh telah mengarahkan semua universiti awam mereka untuk mendapatkan pengiktirafan kelayakan akademik. Ceramah ini telah dihadiri oleh Naib Canselor DUET sendiri, Prof Dr. Ala Uddin, Pendaftar DUET, Prof. Dr. Mohammad Asaduzzaman Chowdhury, semua dekan-dekan kejuruteraan ijazah dan para pensyarah DUET.

Lawatan ini juga turut melibatkan perkongsian pencapaian penyelidikan UniMAP terutama dari segi penghasilan jurnal dan kertas persidangan. Naib Canselor DUET sangat berterima kasih kepada pihak UniMAP dan beberapa kerjasama dimasa hadapan telah diputuskan seperti penyeliaan bersama, gabungan publikasi, lawatan professor dan pembantu professor dapat ditingkatkan dimasa hadapan. Disamping itu, persetujuan bersama diantara PPKKP dan Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Eletronik telah dicapai untuk menganjurkan persidangan antarabangsa pada tahun 2017. Gerak kerja awal berkaitan penganjuran persidangan ini akan dimulakan pada awal tahun 2016.

Lawatan ini turut mendapat liputan daripada surat khabar Daily Observer Bangladesh yang telah diterbitkan pada 22 Disember 2015 diruangan muka surat 13. Ia boleh dicapai seperti berikut http://www.eobserverbd.com/2015/12/22/index.php

Contact Us

School of Computer and Communication Engineering (SCCE)
c/o School of Manufacturing Engineering Complex
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
First Floor, Pauh Putra Campus
02600 Arau, Perlis.
Tel:  +604-988 5670 / +604-988 5361
Fax: +604-988 5098
 
 

Connect with us

We're on Social Networks. Follow us & get in touch.

Goverment Link

  LOGO KPM malay msc MQA  qs2015

Best viewed using Firefox and Chrome 1280x768

SCCE UniMAP 2016