News

Satu lawatan akademik daripada Politeknik Kota Bharu Kelantan yang terdiri daripada 5 orang pensyarah dan 33 orang pelajar. Para pelajar tahun akhir ini sedang mengikuti Diploma Kejuruteraan Elektrik&Elektronik dan Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi). Lawatan ini untuk memberi pendedahan dan peluang kepada para pelajar untuk mengetahui program Ijazah yang ditawarkan oleh Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer dan Perhubungan (PPKKP). Dimana ini dapat membuka minda dan menarik minat para pelajar untuk mengikuti Pengajian Ijazah di PPKKP dimasa hadapan. Pihak dekan PPKKP, Prof. Dr. R. Badlishah Ahmad sangat berbesar hati dengan lawatan seumpama ini. Beberapa pensyarah dan pegawai teknik PPKKP turut membantu didalam meraikan para pelawat ini iaitu Dr. Muzammil Bin Jusoh, Dr. Norsuhaida Ahmad, Dr. Thennarasan Sabapathy, Dr. Rosemizi Abd. Rahim, Pn Nazatul Syima dan Pn Suraya Harun.

Tentatif seperti berikut telah dirangka;

Tarikh : 21 Jan 2016
Tempat : Bilik Seminar Siantan, PPK Pembuatan Pauh Kampus
8.30 – 10.30 : Sesi pengenalan dan pembentangan oleh pihak PPKKP
10.30 - 11.00 : Minum Pagi
11.00 – 1.00 : Lawatan ke Makmal dan bilik Pascasiswazah
1.00 : Sesi Tamat

Berikut disertakan beberapa gambar sepanjang program berjalan.

 a   b

 

c   d

 

                                                                           e

Contact Us

School of Computer and Communication Engineering (SCCE)
c/o School of Manufacturing Engineering Complex
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
First Floor, Pauh Putra Campus
02600 Arau, Perlis.
Tel:  +604-988 5670 / +604-988 5361
Fax: +604-988 5098
 
 

Connect with us

We're on Social Networks. Follow us & get in touch.

Goverment Link

  LOGO KPM malay msc MQA  qs2015

Best viewed using Firefox and Chrome 1280x768

SCCE UniMAP 2016