News

 Pauh, 22 Januari - Kerjasama antara Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bagi projek Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKMM) yang telah terjalin sejak tahun 2013 telah diperkukuhkan lagi dengan lawatan oleh Dekan Fakulti  Perubatan Veterinar , Prof. Madya Dr. Mohd Mokhtar Bin Irshad bersama-sama ketua projek Geran SKMM Kelantan, Dr. Erkihun Aklilu Woldegiorgis, Pensyarah Kanan,Fakulti Perubatan Veterinar , UMK.

Dekan Fakulti Perubatan Veterinar UMK, Prof. Madya Dr Mohd Mokhtar Bin Irshad berkata, UniMAP merupakan universiti yang mempunyai kepakaran dalam bidang kejuruteraan bioelektromagnetik sekaligus menarik minat UMK untuk mengadaptasi kepakaran itu di Fakulti Perubatan Veterinar, UMK.

Katanya, beliau berharap perkongsian akan dapat diteruskan dengan fokus UniMAP adalah dalam bidang kejuruteraan bioelektromagnetik manakala UMK dalam bidang veterinar.

“Saya berharap kerjasama dalam kajian penyelidikan seperti ini akan menjadi medan utama dalam menghasilkan produk penyelidikan yang memberikan pelbagai kebaikan kepada seluruh masyarakat dan kita bersama” beliau berkata demikian selepas mengetuai lawatan berkenaan pada Khamis lalu.

Kehadiran dari UMK ini disambut oleh Ketua Projek BioElektromagnetik UniMAP untuk Geran Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKMM),Dr Hasliza A. Rahim dan kumpulan penyelidik yang lain.

Menurut Dr Hasliza A Rahim, lawatan tersebut sebagai pengukuh ikatan antara kedua-dua Universiti serta menyemarakkan hubungan yang sedia terjalin sekaligus membuktikan bahawa UniMAP dan UMK komited dalam mengadakan kerjasama yang menguntungkan kedua-dua pihak. 

“Selain itu , jalinan hubungan yang terjalin antara UniMAP dan UMK diharapkan akan terus mekar dan mampu menyumbang kepada perkembangan pendidikan dan memberi manfaat dari segi peningkatan ilmu pengetahuan kedua-dua universiti,” katanya. 

Beliau percaya kerjasama antara UniMAP dan UMK adalah saling menyokong antara satu sama lain, lebih-lebih lagi untuk melahirkan lebih ramai calon-calon Sarjana dan Doktor Falsafah yang bermutu tinggi dalam bidang BioElektromagnetik.

1   2

3   4

 

Contact Us

School of Computer and Communication Engineering (SCCE)
c/o School of Manufacturing Engineering Complex
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
First Floor, Pauh Putra Campus
02600 Arau, Perlis.
Tel:  +604-988 5670 / +604-988 5361
Fax: +604-988 5098
 
 

Connect with us

We're on Social Networks. Follow us & get in touch.

Goverment Link

  LOGO KPM malay msc MQA  qs2015

Best viewed using Firefox and Chrome 1280x768

SCCE UniMAP 2016