Temp files

News

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Tuan/Puan,

Sebagai makluman, sejak sesi akademik 2013/2014, Kementerian Pendidikan Tinggi telah mengambil inisiatif memperkenalkan saluran kemasukan khas untuk calon daripada isi rumah 40% terendah (bottom 40%) bagi memberi peluang calon yang layak tetapi tercicir dalam permohonan UPUonline meneruskan pengajian di peringkat lebih tinggi.

Isi rumah 40% terendah merujuk kepada kriteria berikut :

a) Pendapatan isi rumah keluarga kurang daripada RM 3,000.00 sebulan
b) Calon adalah anak yatim atau dijaga oleh ibu/bapa tunggal

DAN calon perlulah memenuhi syarat am dan syarat khas yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti.

Program pengajian dan syarat kemasukan boleh dilayari di https://www.unimap.edu.my/index.php/my/unimap-kemasukan/pra-siswazah-unimap

Bagi tujuan pengambilan peringkat Ijazah Sarjana Muda untuk Sesi Akademik 2017/18, Sekretariat Promosi UniMAP menggiatkan usaha dengan melaksanakan Program Jom Masuk UniMAP sebanyak dua fasa sepertimana lampiran maklumat disertakan untuk pencarian calon yang layak.

Selain program di lampiran, PTj/Pusat Pengajian/Fakulti juga boleh memanjangkan borang permohonan tersebut kepada staf masing-masing untuk hebahan di kalangan ahli keluarga atau saudara mara yang berkenaan. Jika ada permohonan, borang yang lengkap diisi berserta lampiran dokumen yang berkaitan perlulah dikemukakan selewat-lewatnya pada 25 Ogos 2017 (Jumaat) ke :

Unit Kemasukan dan Rekod Pelajar,
Bahagian Pengurusan Akademik,
Jabatan Pendaftar,
Tingkat 3, Bangunan KWSP,
Kangar.

Tel : 979 8706/7941

 

photo 2017-08-03 20-26-14

photo 2017-08-03 20-26-17

 

 

 

 

 

Contact Us

School of Computer and Communication Engineering (SCCE)
c/o School of Manufacturing Engineering Complex
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
First Floor, Pauh Putra Campus
02600 Arau, Perlis.
Tel:  +604-988 5670 / +604-988 5361
Fax: +604-988 5098
 
 

Connect with us

We're on Social Networks. Follow us & get in touch.

Goverment Link

  logo-kpt-bm 1 msc MQA sqa qs2015

Best viewed using Firefox and Chrome 1280x768

SCCE UniMAP 2016