Temp files

News

Announcement on Part-Time Job Offer Application to UniMAP Student using UniMAP Student Dedication Fund Allocation

Please refer to attached document.

 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

HEBAHAN PERMOHONAN TAWARAN KERJA SAMBILAN KEPADA PELAJAR UniMAP DENGAN MENGGUNAKAN PERUNTUKAN

DARIPADA TABUNG DEDIKASI DIRI PELAJAR UniMAP

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni kini membuka peluang kepada semua pelajar Diploma dan Ijazah Pertama yang berminat untuk

menyertai program Kerja Sambilan melalui peruntukan Tabung Dedikasi Diri Pelajar UniMAP yang telah diluluskan pada Januari 2017.

Mana – mana pelajar yang berhasrat untuk menyertai program ini boleh mendapatkan perakuan serta sokongan daripada di mana – mana PTJ

yang mempunyai keperluan pekerja sambilan di kalangan pelajar.

3. Pelajar – pelajar yang berminat boleh mengemukakan permohonan dengan mengisi Borang Tabung Dedikasi Pelajar Bil. 1A/2017 yang

disertakan. Permohonan adalah dibuka mulai 1 September 2018 sehingga 30 September 2018. Tempoh kerja yang ditawarkan bagi permohonan

ini adalah dari bulan September 2018 sehingga Disember 2018. Semua permohonan akan diproses dan dipilih melalui satu Jawatankuasa yang dilantik

dan semua keputusan adalah muktamad. Sila rujuk garis panduan yang disertakan bagi tujuan permohonan berkaitan.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan terus ke Unit Pinjaman &Kebajikan dengan menghubungi Pn. Noora Binti Md. Yusoff di

talian 04-9871308,Pn. Emilia bt Said atau Pn. Nur Atiqah Bt Abdul Ghani di talian 04-9871310/1311.

Sekian,terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(NOORA BINTI MD. YUSOFF)

Pegawai Tadbir

Unit Pinjaman & Kebajikan Pelajar

Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni

Attachments:
Download this file (HEBAHAN BORANG TABUNG DEDIKASI DIRI PELAJAR SEPT 2018.pdf)Announcement Student Dedication Fund[ ]450 kB

Contact Us

School of Computer and Communication Engineering (SCCE)
c/o School of Manufacturing Engineering Complex
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
First Floor, Pauh Putra Campus
02600 Arau, Perlis.
Tel:  +604-988 5670 / +604-988 5361
Fax: +604-988 5098
 
 

Connect with us

We're on Social Networks. Follow us & get in touch.

Goverment Link

  LOGO KPM malay msc MQA  qs2015

Best viewed using Firefox and Chrome 1280x768

SCCE UniMAP 2016